![]() |
| Syari'at dan melayu |
1. SYARIAT (Islam)
Syariat adalah hukum dan aturan (Islam) yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat Muslim. Selain berisi hukum dan aturan, syariat (Islam) juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Maka oleh sebahagian penganut Islam, syariat (Islam) merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.
2. TAREKAT
Tarekat berasal dari kata ‘thariqah’ yang ertinya ‘jalan’. Jalan yang dimaksudkan di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhai Allah SWT. Secara praktikalnya, tarekat adalah kumpulan amalan-amalan zahir dan batin yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa. Ada 2 macam tarekat iaitu tarekat wajib dan tarekat sunat.
a) Tarekat wajib
Iaitu amalan-amalan wajib, baik fardhu ain dan fardhu kifayah yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim. Tarekat wajib yang utama adalah mengamalkan rukun Islam. Amalan-amalan wajib ini in shaa Allah akan membuat pengamalnya menjadi orang bertaqwa yang dipelihara oleh Allah SWT. Pakej tarekat wajib ini sudah ditentukan oleh Allah SWT melalui Al-Quran dan Al-Hadis. Contoh amalan wajib yang utama adalah solat, puasa, zakat, haji. Amalan wajib lain antara lain adalah menutup aurat, makan makanan halal dan sebagainya.
b) Tarekat sunat
Iaitu kumpulan amalan-amalan sunat dan mubah yang diarahkan sesuai dengan 5 syarat ibadah untuk membuat pengamalnya menjadi orang bertaqwa. Tentu saja orang yang hendak mengamalkan tarekat sunnah hendaklah sudah mengamalkan tarekat wajib. Jadi tarekat sunnah ini adalah tambahan amalan-amalan di atas tarekat wajib. Pakej tarekat sunat ini disusun oleh seorang guru mursyid untuk diamalkan oleh murid-murid dan pengikutnya. Isi dari pakej tarekat sunat ini tidak tetap, bergantung keadaan zaman tarekat tersebut dan juga keadaan sang murid atau pengikut. Hal-hal yang dapat menjadi isi tarekat sunat ada ribuan jumlahnya, seperti solat sunat, membaca Al Qur’an, puasa sunat, wirid, zikir dan sebagainya.
3. HAKIKAT
Hakikat ertinya iktikad atau kepercayaan sejati (mengenai Tuhan), maka hakikat ini pekerjaan hati. Sehingga tidak ada yang dilihat dan didengar selain Allah SWT atau gerak dan diam itu diyakini dalam hati pada hakikatnya adalah kekuasaan Allah SWT. (Abdurrahman Siddik Al Banjari ,1857 kitab Amal Ma`rifat).
Hakikat adalah kebenaran, kenyataan (Poerwadarminta,1984) Hakikat menyaring dan memusatkan aspek-aspek yang lebih rumit menjadi keterangan yang mudah dan ringkas, hakikat mengandungi pengertian-pengertian ke dalam aspek yang penting dan mendalam dari benda yang dianalisa (Konsep Dasain Interior II, Olih Solihat Karso).
Hakikat berasal dari kata arab haqqo, yahiqqu, haqiqotan yang bererti kebenaran sedangkan dalam kamus ilmiah disebutkan bahawa hakikat adalah: Yang sebenarnya; sesungguhnya; keadaan yang sebenarnya (Partanto, pius A, M. Dahlan al barry, Kamus Ilmiah Populer, 1994, Arkola, Surabaya).
Istilah bahasa hakikat berasal dari kata “Al-Haqq”, yang bererti kebenaran. Kalau dikatakan Ilmu Hakikat, bererti ilmu yang digunakan untuk mencari suatu kebenaran.
4. MAKRIFAT
Dari segi bahasa, Makrifat berasal dari kata arafa, ya’rifu, irfan, ma’rifat yang ertinya pengetahuan dan pengalaman iaitu perpaduan dari syariat-tarikat-hakikat yang akhirnya menuju kepada “mengenal Allah dan keilmuan (kunci kod) alam semesta yang termuat dalam Al Quran serta mentaati syariat Rasulullah SAW.”
Maka, apakah makrifat itu? Makrifat adalah pandai/mengerti/faham dan melaksanakan (dengan sempurna). Sayangnya dalam fasa ini (makrifat), tidak ada seorang manusia pun yang mampu mendekati makrifat apalagi duduk dalam tahap tersebut. Alasannya mudah saja. Baca dan fahamkan surah Al-Imran ayat 7 di bawah
"Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran.
Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).
Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran"
Melayu dan Syari'at | Melayu Terkini


0 comments so far,add yours